Followers (^_^)v

~My Day~


Dalam Bulan Ramdahan yg penuh dengan keberkahan ni
dalam kita menanti hari lebaran yang tak lama lagi tiba..
semestinya ramai skrg yg bz
dengan persiapan raya.
Mana nak buat kuih muihnya, nak beli baju raya
dan yang paling seronok kalo yg perempuannya
sibuk nak kemas dan mencantikkan rumah.

Bunyi mercun dan bunga api serta meriam buluh
pasti menjadi santapan telinga masa skrg ni.
Budak-budak yang tak paham erti takut
pasti nak sahaja bermain mercun.
bila dah kemlgn gara2 main mercun, barulah rasa menyesal.
yala apa taknya raya yang di rasanya tak sperti raya
teman2 yg lain.. almaklumlah
raya di Hospitallah katakan. hehhe

Dalam kemeriahan yang kita rasa ini,
semestinya ada juga yang melalui saat kesedihan.
sebilangan keluarga yang tahun sebelumnya gembira dengan
kehadiran ahli baru dalam keluarga
tahun ini terpaksa menerima takdir akan kehilangan
salah seorang dari ahli keluarga.
Hidup ini sungguh misteri..
Sebagai HambaNYA kita haruslah sentiasa
mempersiapkan diri dalam menyediakan bekalan utk
akhirat kelak. kita tidak pasti bila dan di mana
perhentian kita di dunia ini..
sebab itu, haruslah kita sedarkan diri dan muhasabahkan diri ini
untuk ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara;


*************************************************************


sahabatku semua,
sebenarnya aku ingin berkongsi cerita dengan anda semua.
kelmarin aku dari menziarhi ibunda rakanku
di hospital Lahad Datu.
Ibunda rakanku ini merupakan pesakit breast cancer.
dengar sahaja "cancer" tentu ramai wanita
yang takut dengan penyakit ini.
kerana penyakit ini merupakan racun yg susah utk di sembuhkan.
malahan ia merupakan pembunuh wanita.

hati mana yang tak tersentuh apabila melihat ibu
yang nampak sihat, menangung bebanan yg besar.
berperang melawan penyakit yg di alaminya.
hati ochie sangat sayu melihat situasi tersebut.
w/pun ochie bukanlah ahli keuarga pesakit,
namun ochie dapat rasakan bahang kesakitan, penderitaan
yang di lalui oleh ibunda rakan saya itu.
Hanya DOA sahaja yg ku panjatkan padany
agar dia tetap kuat dan bertahan melalui penderitaan tersebut.
Sebagai seorang sahabat
tanggungjwbku utk memberikan kekuatan
kepada keluarga rakan sy utk tabah dan kuat menghadapi ujiaNYA...


*********************************************************


Setengah hari kelmarin aku bersama2 dgn ahli keluarga
sahabatku ini menemani ibundanya di Hospital.
selepas itu,
aku berangkat turun ke Bandar Lahad Datu untuk membeli barang..
Tapi sebelum itu, aku nak mengeluarkan wang gajiku
dari Bank Maybank.
Kusangkakan urusanku berjalan spt planning awalnya.
rupanya tergendala di tengah jalan.
kad ATMku tak dapat di proses kerana bermasalah.
ya Allah runtunnya hati. dahlah hari sabtu bank tak buka.
bermakna aku kena turun sekali lagi hari Isnin
untuk memproses kadku.
nak nangis gak kemarin tu..
tapi tawakkal jaklah. mungkin ada hikmah semuanya itu.


*************************************************************

sepanjang hari aku bersama dengan sahabat lamaku;
jumaidah n Lily di bandar Lahad datu.
selepas tu kami bersungkai sama-sama di jungle Park.
Biasalah kan kalau org yg jarang berjumpa ni..
bila dah bertemu ada sahaja yang ingin di kongsikan.
customer yg ada dlm restoran tu pun
mesti pelik dgn perangai kami.. yala.. sangat rancak sekali bercerita
sampai lupa org2 yg ada di sekeliling.
Apapun, biarlah dorang.. kami ndak peduli pun.
yang penting kami happy kemarin sama2.

Selesai sungkai kami balik ke rumah masing2 dalam jam 8pm.
masa nak pulang tu aku di kejutkan lagi
dengan khabar yg mengatakan atuk sahabatku (jumaidah)
masuk ke rumah sakit dan
terpaksa di tahan akibat jgkitan kuman dalam perut.
pelik sangat ochie hari ini....
saat gembira, sedih dan sebagainya datang dan pergi.
petanda apakah ini?
Wallahua'alam...

Moga aku di beri kekuatan dalam menghadpi setiap ujian yg
mendatang. sebagai seorang sahabat
aku menyanygi kawanku sebagaimana aku sayangkan kuarga mereka juga.
itulah aku.. cik Ochie~~~






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: