Followers (^_^)v

Masalah lagi..

Ahlan wasahlan buat teman-teman blogger ochie yang masih sudi menginjakkan kaki ke teratak usang ini.. semoga anda semua dalam limpah kurnia dan idayahNYA...
kesakitan yang melanda diriku sekarang bukanlah persoalan besar yang ingin aku kongsi bersama anda semua.. hanya sekadar ingin meluah kata menutur bicara tentang tahap ketidakpuas hatian dalam melayari masa sekarang ini.
entahlah.. aku tidak faham dengan diriku sekarang...
aku harap aku tidak hipokrit dengan diriku sekarang ini..
semoga semua yang aku lakukan adalah ikhlas dalam mencari keredhaanNYA.. bukan kerana turutan nafsu semata-mata...

ada perkara besar yang menimpa diriku sekarang ini..
dan adalah tidak elok sekiranya aku meluahkan dengan korang semua..
cukuplah ianya sekadar luahan hatiku untuk tidak terlalu tension dalam waktu terdekat ini..
aku tidak mahu terlalu memikirkan persoalan ini...
namun, manusia tidak akan lari dari masalah...
oh Tuhan,,, aku hambamu yang hina.. memohon petunjuk daripadaMU..
kuatkan lah semangatku dalam mengharungi kehidupan ini hingga ke akhir semester ini..
janganlah aku diganggu dengan bebanan perasaan akibat masalah yang menimpaku..
jadikan lah aku ya ALLAH hambamu yang sentiasa bersabar dan redha dengan ketentuan qada dan qadar mu.
sesungguhnya engkaulah maha pengasih lagi maha penyayang...

semakin hari aku berhadapan dengan masalah..
mungkin inilah ujianMU ya ALLAH...
timbunan kerja yang banyak membuatkan aku sedikit sebanyak terlupa akan masalah yang menimpa,, ALhamdulillah...
aku mampu juga menghadapi semua ini dengan tabah..

esok jam 10 pagi aku akan ada presentation untuk Tekno WWW..
semoga dipermudahkan urusanku esok..
dan pada waktu malam pula. aku akan menduduk exam (midetrm) ..
semoga aku dapat melakukan dengan baik pada esok hari..
bantulah aku ya ALLAH...

tadi petang pula.. aku menghabiskan masa dengan menyiapkan assignment yang terakhir..
bermula pada waktu petang jam 5 sehinggalah pada waktu jam 3 pagi..
walaupun penat.. tapi tak mengapa..
yang penting kepuasan dalam menyiapkan kerja itu yang utama...
dengan berakhirnya tugasan terakhir ini.. maka bolehlah aku mempersiapkan diri pula dengan preparation ku untuk final exam pula..
takut juga jika lambat buat revision..
nanti dapat keputusan yang terukk mesti kecewa teruk... (minta dijauhkan la..)

ok la..
nak sambung buat preparation untuk presentation tekno plak..
salam..
...The End..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 comments:

zener_lie said...

ku hanya bisa bantu dirimu dalam doa...

semangat :)

Ochie~(^_^)v~ said...

syukran zener..

Pirawa said...

ya Masalah.anggap lah itu cobaan agar kita bisa lebih dekat lg dgn ALLAH...

Ochie~(^_^)v~ said...

terima kasih maryo...
Amin ya rabb

Abahraihan said...

kuatkan dirimu ukhti...
ini adalah ujian kesabaran untuk ukhti....

Allah tidak akan menimpakan sesuatu masalah melebihi kemampuan hamba-hambaNYA...

Yakinlah Allah akan memberikan yang terbaik buat ukhti....

semangat ya...tetap senyum dan tetap ceria...ana yakin ukhti bisa melewatinya dengan gemilang....

La Tahzan...Allah sentiasa bersamamu....yakinlah...

(^_^)

Ochie~(^_^)v~ said...

dinul Fala..
syukran ya akhi..
beruntung punya teman2 yg sentiasa memberi sokongn buat ochie..

Anonymous said...

('',) alahai, banyaknye masalah dia... sabo2... jgn ngeluh2... x baik..hehe

Ochie~(^_^)v~ said...

jitegha.. tak ngeluh sgt.. cuma.. kasihan c ochie.. huhuh